Kursus Etika Kerja Secara Dalam Talian (Sesi 2) telah berjaya dilaksanakan pada 3 Jun 2026 dengan penyertaan seramai 14 orang peserta daripada pelbagai sektor. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia (IIM) dalam memperkukuhkan pemahaman dan penghayatan etika kerja serta nilai-nilai integriti dalam kalangan peserta bagi meningkatkan profesionalisme dan kecemerlangan organisasi.
Sepanjang pelaksanaan kursus, sesi pembelajaran berlangsung secara interaktif melalui komunikasi dua hala yang membolehkan peserta terlibat secara aktif dalam perbincangan, perkongsian pandangan dan aktiviti yang dijalankan. Para peserta turut menunjukkan komitmen serta penglibatan yang tinggi, terutamanya semasa sesi perbentangan kumpulan yang memberi peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dan konsep yang dipelajari dalam situasi sebenar di tempat kerja.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Ruben Raj, Konsultan PISPA, dengan bantuan Cik Haziqah, Konsultan PISPA. Melalui penyampaian yang berkesan dan aktiviti pembelajaran yang interaktif, kursus ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi nilai tambah kepada peserta dalam memperkukuhkan budaya kerja beretika dan berintegriti.








