21 May 2026 10:55 am

Kejohanan Bowling IIM bagi Kejohanan Sukan Institut Integriti Malaysia (KeSIIM) 2026

Pada 15 Mei 2026, telah berlangsung Kejohanan Bowling IIM bagi Kejohanan Sukan Institut Integriti Malaysia (KeSIIM) 2026 bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Program ini dianjurkan sebagai salah satu platform santai untuk mengeratkan hubungan silaturahim, menyemarakkan semangat berpasukan serta memberi ruang kepada warga kerja IIM untuk beriadah bersama dalam suasana yang meriah dan penuh keceriaan.

Kejohanan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan hampir keseluruhan warga kerja IIM. Lebih bermakna, program ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, yang sama-sama memeriahkan kejohanan dan memberi sokongan kepada semua peserta. Komitmen yang ditunjukkan oleh warga kerja IIM jelas mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi, kerjasama berpasukan serta budaya kerja yang positif di luar suasana pejabat.

Bagi keputusan kejohanan, Rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Johan, diikuti Rumah Hitam sebagai Naib Johan dan Rumah Kuning di tempat ketiga. Selain kategori rumah sukan, beberapa anugerah khas turut diberikan bagi memeriahkan lagi kejohanan, termasuk kategori Top Pin Scorer Lelaki, Top Pin Scorer Perempuan, serta kategori santai dan mencuit hati iaitu Raja Longkang bagi kategori Lelaki dan Perempuan.

KESKIM kekal komited untuk melaksanakan aktiviti seumpama ini dari semasa ke semasa sebagai usaha memperkukuh hubungan, kebersamaan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga kerja IIM. Penglibatan aktif semua warga kerja amat penting bagi memastikan setiap program yang dirancang terus meriah, bermakna dan memberi impak positif kepada organisasi. STAY TUNED untuk aktiviti-aktiviti KESKIM yang akan datang!

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 151
JUMLAH PELAWAT : 441564

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 May 2026

Skip to content