Kuala Lumpur, 18 Mei 2026 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (KKOM) hari ini.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara IIM dan KKOM yang telah sedia terjalin dalam usaha memartabatkan pembudayaan integriti dan tata kelola baik menerusi pelbagai platform penyiaran dan komunikasi di bawah seliaan KKOM.
Turut hadir dalam sesi ini ialah En. Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat IIM.












