7 August 2026 5:03 am

Taklimat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada YP Nominees Holdings Sdn. Bhd.

Pada 6 Ogos 2026, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Taklimat Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. (YPN) yang berlangsung di Ibu Pejabat YPN, Ipoh, Perak.

Sesi taklimat yang turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif YPN, Puan Rozita Ramli, memberikan penerangan mengenai Program CISM serta 7 Inisiatif CISM yang perlu dibangunkan, dikuatkuasakan dan dilaksanakan secara menyeluruh di setiap peringkat organisasi bagi memperkukuh budaya integriti dan tadbir urus yang baik.

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Nabilah, Konsultan, Pusat Integriti Sektor Perniagaan, Institut Integriti Malaysia.

Institut Integriti Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak YP Nominees Holdings Sdn. Bhd. atas komitmen dan kesungguhan dalam memperkukuh amalan integriti serta tadbir urus korporat ke arah melahirkan organisasi yang beretika, telus dan berdaya tahan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 18
JUMLAH PELAWAT : 472194

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 7 August 2026

Skip to content