27 Julai 2024 12:45 pm

Taklimat Pembangunan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Jabatan Kesihatan Negeri

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan sesi Taklimat Pembangunan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Jabatan Kesihatan Negeri seluruh Malaysia pada 18 dan 19 Mac 2024. Sesi yang diadakan Kuala Terengganu telah dihadiri seramai 35 ahli jawatankuasa OACP Jabatan Kesihatan Negeri. Turut hadir Encik Mat Hassan bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan.

Objektif sesi ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan mekanisme pembangunan dan pelaksanaan CRA OACP. Selain itu, turut didedahkan dengan proses pembangunan konteks organisasi.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Muhammad Khairul Azmir bin Mohd Paiz dan Cik Nur Atia Shahirah binti Mustapha, Konsultan Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 30
JUMLAH PELAWAT : 179013

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content