30 January 2026 12:00 pm

Taklimat bertajuk “Etika dan Integriti Diri: Antara Tanggungjawab Profesional dan Budaya ‘Yes Boss’”

Taklimat bertajuk “Etika dan Integriti Diri: Antara Tanggungjawab Profesional dan Budaya ‘Yes Boss’” telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Sektor Korporat Institut Integriti Malaysia (IIM), Dr. Mona Othman kepada warga kerja Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) pada 23 Januari 2026, bersempena Program Pengukuhan Integriti 2026 anjuran Unit Integriti MDA. Program ini telah dihadiri oleh peserta darı barisan Pengurusan Tertinggi MDA.

Taklimat ini menekankan kepentingan memahami makna sebenar integriti diri serta keperluan mengenal pasti batas antara kepatuhan kepada arahan dan pegangan prinsip profesional. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada pendekatan meningkatkan keupayaan membuat keputusan beretika, membina keberanian moral di tempat kerja dan memahami peranan amanah dalam melaksanakan tugas harian. Penekanan khusus turut diberikan kepada risiko normalisasi budaya “Yes Boss” yang toksik serta kesannya terhadap tadbir urus, profesionalisme dan kepercayaan awam.

Program ini diharap dapat memperkukuh budaya kerja berintegriti, berprinsip dan berani bersuara secara beretika dalam kalangan warga MDA, sejajar dengan aspirasi pembinaan organisasi berintegriti dan berakauntabiliti tinggi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 172
JUMLAH PELAWAT : 406299

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 January 2026

Skip to content