Siri perbincangan antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT)

Satu siri perbincangan antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) telah diadakan pada 6 Mei 2024 bertempat di MIGHT, Cyberjaya.

Sesi ini dijalankan bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak dalam Pembangunan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2030. Strategi Pembudayaan Integriti Nasional 2030 yang dijangka akan dilancarkan awal tahun hadapan merupakan salah satu inisiatif utama yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika membentangkan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pada 11 September 2023 yang lalu.

Pihak MIGHT telah dihadiri oleh Prof. Mohd. Zakwan bin Mohd Zabidi, Senior Vice President, Dr. Abdul Rahman bin Hamdan, Principal Analyst 1, dan Puan Safiyyah binti Mohd Salleh. IIM pula diwakili oleh En. Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi IIM dan Dr. Faathirah binti Jamaluddin, Pegawai Penyelidik Kanan, Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 17
JUMLAH PELAWAT : 160617

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 Mei 2024

Skip to content