24 September 2026 11:29 pm

Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan SPINE – Langkah Proaktif Jabatan Lanskap Negara Memantapkan Integriti Dan Tadbir Urus Organisasi

PUTRAJAYA, 23 September 2026 – Jabatan Lanskap Negara (JLN) telah mengambil langkah proaktif dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) menerusi Sesi Semakan dan Konsultasi Lapangan yang telah selesai diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 10, Jabatan Lanskap Negara, Putrajaya. Pelaksanaan ini jelas menggambarkan kesungguhan JLN dalam memantapkan pembudayaan integriti, memperkukuh tadbir urus yang baik serta meningkatkan ketelusan dalam urusan pentadbiran selaku agensi peneraju pembangunan lanskap negara.
Dalam ucapan pembukaan, YBrs. Tuan Mansor bin Mohamad, Ketua Pengarah JLN, menegaskan bahawa JLN sentiasa berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembangunan fizikal yang indah mestilah seiring dengan keindahan nilai integriti warga kerjanya dan JLN sentiasa bersedia untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam sistem tadbir urus sedia ada.
Penyediaan dokumen yang lengkap, sesi temubual bersama-sama pegawai UI JLN dan lawatan tapak telah melancarkan lagi sesi penilaian ini, yang diketuai oleh Encik Nabil Eiman bin Azman dan dibantu oleh Encik Muhammad Rasyid bin Mohamed Rohim dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), Institut Integriti Malaysia (IIM).
Dapatan daripada sesi semakan dan konsultasi ini diharap menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan khususnya dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkemas tadbir urus dan pengamalan nilai-nilai integriti yang tinggi di Jabatan Lanskap Negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 437
JUMLAH PELAWAT : 488385

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 September 2026

Skip to content