27 Julai 2024 6:57 pm

Sesi perbincangan penganjuran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) bersama LKPP Corporation Sdn. Bhd.

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan penganjuran Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) bersama LKPP Corporation Sdn. Bhd. yang berhasrat melaksanakan penambahbaikan dalam penyertaan AIGA yang akan datang.

Sesi yang dijalankan secara atas talian ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Shahrumzaki bin Hassan, Pengurus Besar LKPP dan dihadiri oleh wakil Pegawai Bahagian Pengurusan Risiko & Kawalan Dalaman LKPP.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh wakil Pengurusan Tertinggi IIM iaitu En. Zubayry Abady bin Sofian, Pengarah Pusat Integriti Sektor Awam; Pn. Alice Suriati binti Mazlan, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik dan Bitara dan Pn. Maisyarah binti Mansoruddin, Timbalan Pengarah Bahagian Audit dan Governans.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 49
JUMLAH PELAWAT : 179032

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content