27 Julai 2024 6:16 pm

Sesi Perbincangan dan Libat Urus bersama Global Psytech

Pada 23 Februari 2024, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Perbincangan dan Libat Urus bersama Global Psytech selaku rakan teknologi IIM di Pejabat Global Psytech, Cyberjaya bagi membincangkan lebih lanjut ruang dan kerjasama antara IIM dan Global Psytech. IIM telah diketuai oleh Ketua Pegawai Strategik iaitu Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir dan turut hadir Encik Izal Arif Zahrudin selaku Ketua Pegawai Operasi, Puan Norliana Ali Akbar selaku Pengarah Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi serta Konsultan Bahagian Penyelidikan dan Penilaian Integriti iaitu Encik Abdul Rahman Abdullah dan Konsultan Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi iaitu Encik Nabil Eiman Azman.

Beberapa perkara telah dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Global Psytech iaitu Dr Haniza Yon dan pasukan. Antaranya adalah ruang dan kerjasama baharu bagi Pusat Integriti Kewangan dan Teknologi yang baru ditubuhkan IIM dan penganjuran bersama program strategik bagi menyebarluas penggunaan penilaian integriti dan meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai IIM.

Sesi ini adalah untuk memberi inspirasi dan pandangan lebih jelas tentang potensi penggunaan teknologi yang dapat dimanfaatkan oleh IIM serta menyebarluas kesedaran aspek penggunaan alat penilaian integriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 179027

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content