30 January 2026 11:54 am

Sesi perbincangan bersama Arkib Negara Malaysia (ANM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Arkib Negara Malaysia (ANM) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara kedua-dua institusi.

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Shahlin bin Ali, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan ANM dan delegasi IIM diketuai oleh YBrs. Puan Norasikin binti Baharudin, Ketua Pegawai Sektor Strategi (T).

Perbincangan kerjasama ini adalah sebagai satu usaha strategik untuk memperkukuh aspek pemeliharaan, pengurusan serta pemasyhuran ilmu dan penerbitan berkaitan integriti, selaras dengan peranan ANM sebagai memori nasional dan mandat IIM sebagai peneraju pemikiran integriti negara.

Turut sama terlibat dalam perbincangan ini adalah Puan Norsheeda binti Din, Pengarah dan pegawai-pegawai Bahagian Penerbitan dan Pengurusan Ilmu IIM; serta pengurusan ANM, Tuan Haji Mohd. Nasser bin Malim, Pengarah Bahagian Pengurusan Arkib; Puan Siti Hawiyah binti Manan, Pengarah Bahagian Pengembangan; Encik Saharudin bin Karsan, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan bersama barisan ketua seksyen ANM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 171
JUMLAH PELAWAT : 406298

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 January 2026

Skip to content