16 August 2026 11:37 am

SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BERSAMA-SAMA INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)

SERDANG, 13 Ogos 2026 – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merupakan agensi keempat di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) pada 13 Ogos 2026. Sesi yang berlangsung di Ibu Pejabat MARDI, Serdang ini telah diketuai oleh Encik Abdul Rahman bin Abdullah, selaku Ketua Penilai dan dibantu oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan Puan Fara Hasda binti Suhaimi, para Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Sesi pembukaan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Sanimah binti Simoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan & Operasi) MARDI, bersama-sama barisan Pengarah-pengarah Bahagian MARDI. Beliau mengalu-alukan kehadiran para penilai SPINE ke MARDI dan menegaskan MARDI sentiasa berusaha mengamalkan nilai integriti yang tinggi dalam setiap aspek tadbir urus.

Sesi penilaian lapangan diteruskan dengan semakan dokumen sokongan dan menjalankan temubual bersama-sama pegawai Unit Integriti MARDI dan beberapa pegawai berkaitan. Kerjasama penuh yang diberikan oleh para pegawai MARDI sepanjang penilaian berlangsung telah melancarkan keseluruhan proses penilaian. Beberapa syor penambahbaikan berkaitan elemen-elemen tertentu telah dikenalpasti dan diharap ianya menjadi nilai tambah kepada pihak MARDI, seterusnya memantapkan lagi mutu kerja dan amalan nilai-nilai murni yang tinggi dalam aspek integriti, govenans dan antirasuah di MARDI.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 159
JUMLAH PELAWAT : 475848

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 16 August 2026

Skip to content