2 October 2026 8:28 pm

SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BANTU PEMANTAPAN INTEGRITI DAN TADBIR URUS MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) bagi Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pulau Pinang pada 30 Oktober 2026, bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 15, lbu Pejabat MBSP.

YBrs. Tuan Shahrulnizad b. Abdul Razak, Pengarah Perbendaharaan MBSP memulakan sesi dengan majlis pembukaan, yang turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian. Beliau menegaskan MBSP sentiasa berusaha menerapkan nilai-nilai etika dan integriti yang tinggi dan telus sebagai budaya kerja seharian.

Kerjasama penuh daripada para pegawai penyelaras SPINE sangat membantu dalam melancarkan lagi sesi penilaian ini. Dokumen-dokumen sokongan yang disusun kemas berdasarkan elemen-elemen serta sesi temubual dengan beberapa pegawai terlibat juga telah dijawab dengan telus. Ini memberi peluang kepada para konsultan untuk membantu pihak MBSP melaksanakan penambahbaikan secara menyeluruh dan tersusun. Adalah diharapkan penambahbaikan yang dicadangkan akan dilaksanakan oleh pihak MBSP dalam membantu meningkatkan lagi integriti dan tadbir urus yang baik, selaras dengan perkhidmatan yang diberikan secara langsung kepada masyarakat setempat di Seberang Perai.

Sesi penilaian ini diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif dan dibantu oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 415
JUMLAH PELAWAT : 491042

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 October 2026

Skip to content