10 August 2026 9:59 am

SESI PENILAIAN LAPANGAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRITI DAN GOVERNANS (SPINE) BAGI PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT (PDTTL) PULAU PINANG

GEORGETOWN, 6 Ogos 2026 – Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) Pulau Pinang merupakan agensi pertama di bawah seliaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) . Sesi Penilaian Lapangan ini telah berlangsung di Ibu Pejabat PDTTL, Aras 51, Menara KOMTAR Pulau Pinang.

Majlis pembukaan sesi penilaian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ismasuhaimi bin Shariff, Pegawai Daerah PDTTL bersama-sama dengan barisan Pengarah-pengarah Bahagian PDTTL. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pengurusan PDTTL amat menekankan pengamalan nilai integriti yang tinggi di PDTTL, terutama perkara-perkara yang melibatkan urusan hartanah dan komuniti setempat. PDTTL kini juga dalam usaha untuk mendapatkan pensijilan ABMS pada tahun 2027, bagi memantapkan lagi proses pentadbiran organisasi yang lebih berkesan.

Sesi diteruskan dengan penilaian lapangan yang diketuai oleh Puan Fara Hasda binti Suhaimi, selaku Penilai Pertama dan Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif sebagai Penilai Kedua, yang juga merupakan Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM. Kerjasama penuh dan kesungguhan yang diberikan oleh para pegawai PDTTL sangat membantu melancarkan keseluruhan proses penilaian ini. Sesi temubual bersama-sama dengan warga PDTTL dan semakan dokumen dilaksanakan sebagai salah satu pembuktian fizikal bagi elemen berkaitan dalam sistem SPINE.

Melalui sesi-sesi ini, dapatan semakan, pembuktian dokumen dan syor penambahbaikan berkaitan elemen-elemen tertentu yang dikenalpasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pihak PDTTL dalam memperkukuhkan lagi mutu kerja, keberkesanan kawalan dalaman dan tadbir urus dengan lebih telus dan berintegriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 115
JUMLAH PELAWAT : 473040

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 10 August 2026

Skip to content