21 May 2026 9:29 am

Sesi kunjungan hormat oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS)

Pada 18 Mei 2026, Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan kerjasama dalam agenda pemerkasaan integriti dan tadbir urus organisasi. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian pandangan serta amalan terbaik dalam memperkasakan budaya kerja berintegriti dalam sektor utiliti dan perkhidmatan awam.

Antara fokus utama perbincangan adalah pendedahan berkaitan pelaksanaan Corporate Integrity System Malaysia (CISM) yang dilihat sebagai antara inisiatif penting dalam memperkukuhkan pembudayaan integriti di agensi SAINS. Melalui pelaksanaan sistem ini, SAINS berupaya mempertingkatkan aspek tadbir urus, pematuhan, pengurusan risiko serta membentuk ekosistem kerja yang lebih telus, berakauntabiliti dan beretika selaras dengan aspirasi nasional dalam memperkukuhkan integriti organisasi.

Delegasi SAINS diketuai oleh Puan Faten Nadia binti Ismail, Ketua Unit Integriti & Governans SAINS bersama Encik Muhammad Noor, Eksekutif Integriti dan Governans SAINS. Sesi kunjungan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Khairul Azwan, Timbalan Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat Institut Integriti Malaysia (IIM) dan turut dihadiri oleh Puan Wan Nooraine Husin, Timbalan Pengarah serta Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil, Konsultan dari Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA).

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat membuka ruang kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara SAINS dan IIM dalam memperkukuhkan agenda integriti, tadbir urus dan pembudayaan nilai murni secara berterusan demi manfaat organisasi serta masyarakat keseluruhannya.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 84
JUMLAH PELAWAT : 441497

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 21 May 2026

Skip to content