Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan Sesi Khas Teknik Penyampaian dan Pembentangan Ceramah Integriti bersama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) yang melibatkan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) daripada pelbagai agensi di Sarawak.
Sesi ini bertujuan berkongsi pandangan, pengalaman serta amalan terbaik IIM berkaitan teknik penyampaian ceramah dan taklimat integriti yang berkesan, termasuk penetapan mesej utama serta kandungan penting yang wajar diketengahkan bagi memastikan mesej integriti dapat disampaikan dengan jelas, berimpak dan berkesan.
IIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama strategik bersama UNIONS dan berharap sesi ini dapat menyokong usaha berterusan dalam memperkukuh pelaksanaan serta penyampaian mesej integriti di peringkat organisasi dan perkhidmatan awam.





