Sesi clock-in YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM) sempena hari pertama beliau memulakan tugas secara rasmi di IIM.
Majlis turut diserikan dengan sesi bergambar YBhg. Datuk Seri bersama barisan Pengurusan Tertinggi serta menyantuni para pegawai dan warga kerja IIM sepanjang sesi clock in. Seluruh warga kerja IIM menzahirkan komitmen untuk bekerjasama erat di bawah kepimpinan YBhg. Datuk Seri dalam memperkasa agenda integriti demi memperkukuh kepercayaan serta kecemerlangan institusi.





