Sesi Analisa Data dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Program Perkhidmatan Farmasi KKM

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan sesi Analisa Data dan Penilaian Risiko Rasuah (CRA) dalam Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bersama Program Perkhidmatan Farmasi KKM pada 6 hingga 8 Mei 2024.

Sesi yang diadakan di Dewan Anggerik, National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) Bahagian Regulatori Farmasi Negara, Petaling Jaya, Selangor ini telah dihadiri oleh 35 orang jawatankuasa pembangunan dan pemantauan yang telah dilantik secara rasmi.

Sesi ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas mengenai pelaksanaan dan pemantauan CRA dalam penyediaan OACP yang lebih sistematik.

Selain itu, ianya juga untuk mewujudkan tadbir urus yang terbaik dalam konteks penilaian risiko bagi tujuan pencegahan rasuah dalam merangka Pengurusan Risiko Rasuah bagi sesebuah organisasi.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn Munah Abdul Aziz dan Pn Shafinas Daud dari Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 10
JUMLAH PELAWAT : 162439

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 28 Mei 2024

Skip to content