5 November 2025 5:54 pm

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI NASIONAL (SBIN) 2025

Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2025 telah berlangsung dengan penuh jayanya hari ini di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan, menzahirkan komitmen berterusan terhadap pembudayaan integriti sebagai asas kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah IIM.

Sambutan ini turut menyerlahkan semangat kolaborasi antara pelbagai agensi, organisasi dan juga masyarakat dalam mengangkat tema SBIN tahun ini iaitu “Integriti Teras Kesejahteraan Negara”.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan penuh bermakna ini. Semoga semangat integriti akan terus subur dalam diri setiap rakyat demi Malaysia MADANI yang sejahtera dan berprinsip!

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 779
JUMLAH PELAWAT : 377547

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 5 November 2025

Skip to content