20 April 2026 5:57 pm

Program Transformasi Minda (PTM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima jemputan sebagai penceramah bagi Program Transformasi Minda (PTM) Bilangan 1 Tahun 2026 untuk slot Pengurusan Integriti anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan pada 17 April 2026. Program yang berlangsung di Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan, Port Dickson ini telah dihadiri oleh seramai 48 orang pegawai lantikan baharu daripada pelbagai jabatan dan agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Sesi Pengurusan Integriti ini merupakan salah satu slot wajib dalam Program Transformasi Minda (PTM) yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti dalam kalangan penjawat awam. Di samping itu, sesi ini turut menekankan penerapan nilai dan pembudayaan integriti dalam perkhidmatan awam berteraskan pengamalan nilai-nilai murni.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, Institut Integriti Malaysia (IIM).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
Kursus Etika Kerja

15 April 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Etika Kerja anjuran Pusat Latihan Awam Selangor (PLAS) pada 13 – 14...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 429
JUMLAH PELAWAT : 430815

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 20 April 2026

Skip to content