Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menyampaikan ceramah bagi Program Transformasi Minda (PTM) bagi sesi Pengurusan Integriti yang telah berlangsung pada 15 Januari 2026 di Dewan Nusantara, Blok Pentadbiran, Institut Penilaian Negara (INSPEN). Program ini telah disertai seramai 41 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai kementerian, agensi dan jabatan.
Sesi memberi pendedahan kepada konsep etika dan integriti serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan integriti sebagai penjawat awam. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai dan budaya integriti dalam perkhidmatan awam berlandaskan pengamalan nilai-nilai integriti.
Ceramah telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz, Konsultan, Pusat Integriti Sektor Awam, IIM.





