27 Julai 2024 6:26 pm

Program pengukuhan Nilai bagi Value Champion Officer (VCO)

Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program pengukuhan Nilai bagi Value Champion Officer (VCO) pada 19 hingga 21 Mac 2024 bertempat di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.

Penganjuran program ini adalah lanjutan daripada inisiatif pelancaran VCO pada tahun 2023, dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai yang dilantik sebagai VCO tentang konsep nilai, pembudayaan nilai dalam perkhidmatan awam, dan amalan nilai berasaskan pendekatan psikologi.

YBrs. Encik Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Strategi IIM telah menyampaikan kata-kata aluan pada Majlis Perasmian program tersebut. Manakala, YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hasan, Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi JPA telah merasmikannya. Pada program tersebut, Puan Munah binti Abdul Aziz, Konsultan IIM turut terlibat dalam menyampaikan ceramah yang bertajuk Etika dan Integriti.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 46
JUMLAH PELAWAT : 179029

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content