2 February 2026 9:21 pm

Program Keselamatan Bersama Bomba dan Penyelamat

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menganjurkan Program Keselamatan Bersama Bomba dan Penyelamat serta Latihan Kebakaran kepada semua warga kerja pada 8 Disember 2025. Sesi ini disampaikan oleh Encik Fadil Hesam bin Mohamed, Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Kuala Lumpur.

Program yang diadakan separuh hari ini bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan mengenai kepentingan keselamatan, termasuk langkah pencegahan kebakaran serta tindakan wajar diambil ketika berdepan situasi kecemasan. Sesi ceramah turut mengetengahkan panduan mencegah kebakaran dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku insiden tersebut. Peserta juga mempelajari cara penggunaan pemadam api yang betul serta jenis pemadam yang sesuai mengikut punca kebakaran.

Program ini turut menjadi platform meningkatkan kesedaran keselamatan di IIM dan menyokong usaha IIM memperoleh sijil perakuan bomba. Antara pengisian yang diberikan ialah ceramah keselamatan dan kebakaran, taklimat penggunaan pemadam api serta latihan kebakaran.

Diharapkan program ini dapat memupuk sikap lebih peka dalam kalangan warga IIM agar risiko kebakaran dapat dielakkan, di samping meningkatkan kesiapsiagaan sama ada di tempat kerja, di rumah atau dalam kenderaan

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 166
JUMLAH PELAWAT : 406970

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content