30 January 2026 12:02 pm

Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti ‘Community Integrity Building’ (CIB) Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) serta Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) hari ini telah menganjurkan Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti ‘Community Integrity Building’ (CIB) Sarawak bertempat di Auditorium MBKS, Kuching.

Program ini menghimpunkan kepimpinan negeri dan tempatan, agensi kerajaan serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh budaya integriti melalui pendekatan pemantauan bersama (co-monitoring) dan penyelesaian isu secara berstruktur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan. IIM telah diwakili oleh YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat IIM. Di dalam ucapannya, YBrs. Dr. Mona turut menampilkan integriti keluarga, integriti komuniti serta peranan Ombudsman dalam memperkukuh tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti.

Turut hadir adalah YB Tuan Wilfred Yap Yau Sin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Sentosa.

CIB bukan sekadar program kesedaran, tetapi satu inisiatif berstruktur yang menghubungkan komuniti, PBT dan agensi berkaitan dalam membina ekosistem integriti yang mampan dan berterusan.

Bersama komuniti, integriti dapat dibudayakan!

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 174
JUMLAH PELAWAT : 406301

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 30 January 2026

Skip to content