8 February 2026 6:50 am

Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Program Kesedaran Pembangunan Integriti Bersama Komuniti ‘Community Integrity Building’ (CIB) Sarawak bagi Majlis Daerah Subis telah berjaya dilaksanakan pada 31 Januari 2026 bertempat di Dewan Masyarakat Subis, Miri. Program telah dirasmikan oleh YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Ahli Parlimen Sibuti dan menghimpunkan wakil Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, agensi pelaksana serta komuniti setempat dalam usaha memperkukuh budaya integriti secara berstruktur dan berimpak.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara Institut Integriti Malaysia (IIM), Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) serta Majlis Daerah Subis dengan pendekatan pemantauan bersama (co-monitoring) yang menekankan penyelesaian isu berasaskan data, respons pantas dan pematuhan SLA.

Antara pengisian program adalah sesi ceramah Integriti Keluarga (MIKe) oleh IIM yang menekankan integriti bermula dari rumah dan seterusnya ke akar umbi komuniti serta taklimat saluran aduan dan perkhidmatan oleh Majlis Daerah Subis dan UNIONS bagi memastikan komuniti memahami mekanisme aduan yang betul, berfakta dan berkesan.

Ceramah Integriti Komuniti turut menekankan dan memberi pendedahan peranan komuniti sebagai rakan strategik PBT melalui pendekatan pemantauan bersama (co-monitoring) daripada mengenal pasti isu, memantau tindakan, hingga memastikan penyelesaian ditutup secara tuntas mengikut SLA. Melalui pelaksanaan CIB di Subis, komuniti bukan lagi sekadar penerima perkhidmatan, tetapi diangkat sebagai sebahagian daripada sistem penyelesaian bersama PBT dan agensi. Pendekatan ini membuktikan bahawa integriti bukan hanya slogan semata, tetapi mekanisme tindakan yang boleh diukur, dipantau dan dipertanggungjawabkan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Murshid Diraja Datuk Dr. Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) dan YBrs. Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat (menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif IIM) yang menyampaikan ucapan aluan dan memperincikan hala tuju CIB serta komitmen IIM dalam membina budaya integriti berasaskan data dan pemantauan bersama.

CIB Sarawak bukan hanya sekadar program kesedaran tetapi merupakan platform kolaboratif untuk menutup isu secara tuntas dan membina kepercayaan rakyat.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 1
JUMLAH PELAWAT : 409072

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 8 February 2026

Skip to content