Sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan penuh Program Community Integrity Building (CIB) Sarawak 2025, Institut Integriti Malaysia (IIM) bersama Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) telah mengadakan sesi lawatan tapak pada 6 November 2025 (Khamis) di sekitar Kawasan Lorong Semarax 3, Kota Samarahan, Sarawak.
Sesi lawatan ini diadakan bagi meninjau secara langsung situasi sebenar di lapangan berhubung aduan komuniti yang telah direkodkan melalui sistem pelaporan CIB. Tumpuan utama lawatan memberi fokus kepada aspek kebersihan dan penyelenggaraan persekitaran, khususnya melibatkan kerja-kerja pembersihan parit dan longkang, pemotongan rumput, serta pengurusan isu anjing liar yang sering menjadi aduan berulang dalam kawasan pentadbiran tersebut.





