2 February 2026 5:44 pm

Program Bantuan Persekolahan “Back to School”

Program Bantuan Persekolahan “Back to School” anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) telah dilaksanakan melibatkan murid Orang Asli bertempat di Muzium Orang Asli Gombak, Batu 12, Gombak.

Melalui inisiatif ini, IIM dengan kerjasama dari pihak Mydin Mohamed Holdings Berhad telah menyampaikan 50 pek kembali ke sekolah yang mengandungi beg dan baju sekolah serta alat tulis . Program ini bertujuan menyokong murid-murid daripada komuniti Orang Asli dalam persediaan menghadapi sesi persekolahan baharu, di samping meningkatkan aspek pendidikan dengan menyemai semangat pembelajaran serta keyakinan diri anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan bagi tahun 2026.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran Dr. Rozaidi bin Abdul Rahim Razali, Ahli Lembaga Pengarah IIM; Dr. Mona binti Othman, Ketua Pegawai Sektor Korporat yang menjalankan tugas Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif IIM; Tuan Muhd Amirul Rasyid, Wakil JAKOA Daerah Gombak dan Petaling; serta Tuan Tarmizi Mustafaha, Wakil Syarikat MYDIN.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MYDIN dan JAKOA atas kerjasama strategik yang diberikan dalam menjayakan program ini demi manfaat dan kesejahteraan komuniti Orang Asli.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 141
JUMLAH PELAWAT : 406945

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content