E & I – Ethics & Integrity
Institut Integriti Malaysia (IIM) menawarkan beberapa bentuk program latihan berfokuskan nic Integriti yang memberi pendedahan, pemahaman, pengukuhan nilai-nilai murni etika dan integriti dan amalan terbaik kepada para peserta termasuk isu-isu serta cabaran semasa dalam episod pencegahan rasuah di Malaysia.
CISM – Sistem Integriti Korporat Malaysia
Modul Kursus Komprehensif (CISM) merupakan projek kerjasama antara enam Ahli Mesyuarat Meja Bulat CISM. Pembangunan modul ini adalah selari dengan standard antarabangsa yang diamalkan oleh sektor swasta di Malaysia. Pembangunan modul ini adalah sebagai alternatif persediaan pembelaan syarikat korporat daripada dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 (Akta 694).
OACP – Pelan Antirasuah Organisasi
Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) adalah suatu PELAN STRATEGIK ANTIRASUAH yang dibangunkan di peringkat organisasi bertujuan menangani pemasalahan governans, integriti dan antirasuah. Ia juga merupakan satu penanda aras komitmen organisasi dalam memerangi rasuah berdasarkan tadbir urus yang cemerlang serta pembudayaan integriti dalam kalangan warga kerja.
Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 & Tatacara Mencukupi Inisiatif 6.2.4
Kursus ini adalah untuk membantu organisasi komersial memahami kaedah pelaksanaan tatacara mencekupi. Inisiatif baharu pengenalan kepada inisiatif 6.2.4, Liabiliti Korporat, Peruntukan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi.
Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 15 November 2024