27 Julai 2024 11:01 pm

Perbincangan pelaksanaan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB) bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan perbincangan pelaksanaan Pembangunan Integriti Bersama Komuniti atau Community Integrity Building (CIB) bersama Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) pada 25 April 2024.

Perbincangan ini bertujuan untuk memurnikan status pelaksanaan CIB di MBSJ dan program seminar CIB. Pelaksanaan CIB ini telah diurusetiakan oleh Unit Integriti (UI) MBSJ dan dihadiri oleh Jabatan Korporat dan Perancangan Strategik serta Jabatan Pengurusan Alam Sekitar MBSJ.

Terdahulu, IIM Yang diwakili oleh Pengarah, Pusat Pembangunan Integriti Komuniti (PPIK), Puan Zarina Mohamad Amin dan Timbalan Pengarah PPIK, Encik Meor Shahram Faiz Mieor Shariman telah mengadakan perjumpaan dengan YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Mohd Yatim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya, YBrs. Tn. Hj. Mohd Zulkurnain Bin Che Ali bagi membincangkan berkenaan program CIB ini.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 56
JUMLAH PELAWAT : 179039

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content