11 August 2026 12:54 pm

PENGAUDITAN SISTEM INTEGRITI KORPORAT MALAYSIA (CISM) DI YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah melaksanakan Pengauditan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) pada 10 Ogos 2026 bertempat di Ibu Pejabat YIDE.

Pengauditan ini dilaksanakan bagi menilai tahap pematuhan organisasi terhadap keperluan CISM, menilai keberkesanan pelaksanaan kawalan integriti serta mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus, pengurusan risiko rasuah dan budaya integriti dalam organisasi.

Skop pengauditan meliputi:

🔹 Tujuh (7) Inisiatif CISM yang merangkumi elemen kepimpinan, dasar dan komitmen integriti, pengurusan risiko rasuah, latihan dan komunikasi, pelaporan serta pemantauan dan penilaian.

🔹 Prinsip T.R.U.S.T (Tatacara Mencukupi) yang menekankan Komitmen Peringkat Tertinggi (Top Level Commitment), Penilaian Risiko (Risk Assessment), Pelaksanaan Langkah Kawalan (Undertake Control Measures), Semakan, Pemantauan dan Penguatkuasaan Secara Sistematik (Systematic Review, Monitoring and Enforcement), serta Latihan dan Komunikasi (Training and Communication).

Pelaksanaan pengauditan CISM ini mencerminkan komitmen YIDE dalam memperkukuhkan sistem integriti organisasi secara berterusan serta memastikan amalan tadbir urus dan pengurusan risiko rasuah dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.

Semoga usaha ini terus menyokong pembudayaan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam sektor perniagaan dan organisasi di Malaysia.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 292
JUMLAH PELAWAT : 473783

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 August 2026

Skip to content