2 February 2026 9:26 pm

Pelancaran Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE)

Institut Integriti Malaysia (IIM) hari ini melancarkan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE), satu inisiatif nasional yang dirangka untuk memperkukuh integriti dan tadbir urus sektor awam. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, sekali gus memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam mempertingkat keberkesanan pencegahan rasuah dan menyokong agenda reformasi perkhidmatan awam.

SPINE dibangunkan sebagai rangka kerja khas untuk agensi kerajaan bagi memandu pengurusan integriti secara lebih tersusun dan berterusan. Sistem ini berasaskan pendekatan PDCA (Plan, Do, Check, Act) bagi memastikan setiap usaha integriti dirancang, dilaksanakan, dipantau dan ditambah baik secara berfasa. Melalui pendekatan ini, SPINE turut memperkenalkan Integrity Health Check, iaitu mekanisme penilaian kendiri yang membolehkan organisasi menilai tahap kesihatan integriti masing-masing, mengenal pasti jurang kelemahan dan merangka intervensi pembaikan yang lebih bersasar bagi memperkukuh kawalan dalaman serta ketelusan tadbir urus.

Pelancaran SPINE menandakan komitmen kerajaan untuk memperkukuh governans nasional dan memacu pembudayaan integriti dalam sektor awam secara lebih teratur. Dengan pelaksanaan SPINE secara berperingkat di seluruh agensi kerajaan, Malaysia dijangka dapat meningkatkan prestasi tadbir urus, memperkukuh keyakinan rakyat serta rakan antarabangsa, dan menyokong aspirasi negara untuk membina perkhidmatan awam yang berintegriti, berkesan dan bebas rasuah.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 166
JUMLAH PELAWAT : 406970

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content