22 April 2026 1:16 am

Facebook Feeds

Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia7 hours ago
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗬 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗬 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚 (𝗖𝗜𝗕) 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia7 hours ago
𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗦𝗔𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗖𝗢𝗠𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗬 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗬 𝗕𝗨𝗜𝗟𝗗𝗜𝗡𝗚 (𝗖𝗜𝗕) 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Sesi Pembentangan Laporan Akhir Pelaksanaan Community Integrity Building (CIB) Sarawak pada 21 April 2026 bertempat di Bangunan UNIONS, Baitulmakmur II, Kuching, Sarawak.

Sesi ini merupakan satu wadah strategik yang signifikan dalam memperkukuh jalinan kerjasama antara IIM dengan pihak berkepentingan di Negeri Sarawak, khususnya dalam memperluas agenda pembudayaan integriti di peringkat komuniti. Melalui pembentangan laporan akhir ini, pelbagai dapatan penting, pencapaian pelaksanaan, impak program serta nilai tambah yang terhasil menerusi inisiatif Community Integrity Building (CIB) sepanjang tahun 2025 telah diketengahkan secara menyeluruh dan berfokus.

Pelaksanaan program CIB ini mencerminkan komitmen berterusan ke arah memperkukuh nilai integriti, meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan tadbir urus yang baik, serta membina ekosistem komuniti yang lebih telus, bertanggungjawab dan berdaya tahan. Pada masa yang sama, sesi ini turut menjadi platform bermakna untuk meneliti cabaran pelaksanaan, berkongsi amalan terbaik serta merangka cadangan penambahbaikan secara lebih strategik bagi memastikan kesinambungan agenda integriti yang mampan dan berimpak tinggi.

Sesi ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda bin Jaya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), bersama-sama barisan kepimpinan, wakil agensi serta pihak berkepentingan lain yang memainkan peranan penting dalam menjayakan pelaksanaan CIB di Sarawak. Antaranya termasuk wakil daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Majlis Daerah Subis serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG) Sarawak.

Institut Integriti Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama padu dalam menjayakan pelaksanaan Community Integrity Building (CIB) Sarawak Tahun 2025. Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya integriti, memperkasa komuniti serta memperluas amalan tadbir urus yang cemerlang demi kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negeri secara keseluruhannya.

Dalam sesi perbincangan berasingan antara YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekuti IIM dengan Yang Berhormat Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda, kedua-dua pihak telah menyatakan komitment tinggi dalam usaha menjayakan agenda pemantapan integriti negara, terutamanya dalam menjayakan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

#institutintegritimalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti
Institut Integriti Malaysia
Institut Integriti Malaysia1 day ago
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗜𝗜𝗠) 𝗞𝗘 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗜𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗜𝗢 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗩𝗜𝗦𝗬𝗘𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗥𝗧𝗠)

Kuala Lumpur, 20 April 2026 – Delegasi Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Noridah binti Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBrs. Encik Ashwad bin Ismail, Ketua Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Menara Angkasapuri hari ini.

Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara IIM dan Jabatan Penyiaran Malaysia dalam usaha memartabatkan pembudayaan integriti dan tata kelola baik menerusi platform penyiaran nasional.

Antara lain, turut memfokuskan kepada usaha menyemarakkan integriti dalam kalangan masyarakat menerusi platform penyiaran nasional serta menjurus kepada pengukuhan profil dan reputasi IIM sebagai agensi peneraju utama agar lebih dekat di hati rakyat menerusi naratif media yang lebih efektif.

IIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak RTM atas keterbukaan dalam menyokong agenda nasional ini demi kelestarian integriti negara.

Shamsul Azri bin Abu Bakar
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Perdana Menteri

RTM – Radio Televisyen Malaysia

#institutintegritimalaysia
#KomitedMembudayakanIntegriti

Produk-Produk Baharu IIM

Sistem Pengurusan Integriti Dan Governans (SPINE)

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Notis & Pemakluman

Pelbagai Pilihan Produk

Produk di Institut Integriti Malaysia

Modul Latihan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan Tatacara Mencukupi

Integrity Assessment Tool (IAT)

Ethics and Integrity Training Programme (E&I)

Modul Kursus Komprehensif Sistem Integriti Koporat Malaysia (CISM)

Pembangunan Integriti Bersama Komuniti

Do The Right Thing (DTRT)

Individual Integrity Profile (IIP)

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)

Modul Integriti Penguatkuasa (MIP)

Kursus Penilaian Risiko Rasuah (CRA)

Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS)

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 10
JUMLAH PELAWAT : 431412

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 April 2026

Skip to content