25 September 2026 11:05 am

Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah Bagi Rakan Niaga Majlis Perbandaran Pengerang

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah selesai melaksanakan Kursus Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah Bagi Rakan Niaga anjuran Majlis Perbandaran Pengerang pada 24 September 2026. Kursus yang berlangsung di Dewan Muafakat, Desaru Johor ini telah dihadiri oleh pembekal dan kontraktor MPP.

Kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran rakan niaga terhadap kepentingan amalan governans yang baik, pematuhan terhadap prinsip integriti serta penghayatan budaya antirasuah dalam menjalankan urusan perniagaan. Modul ini juga bertujuan memperkukuh komitmen rakan niaga dalam mematuhi undang-undang, polisi dan garis panduan berkaitan pencegahan rasuah, mengurus risiko integriti secara berkesan serta membina hubungan perniagaan yang telus, beretika dan bertanggungjawab bagi menyokong kelestarian organisasi.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Munah Abdul Aziz dan Encik Mazwane Musa, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam, IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 116
JUMLAH PELAWAT : 488509

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 25 September 2026

Skip to content