2 February 2026 11:31 am

Modul Integriti Keluarga (MIKe)

Institut integriti malaysia

INTEGRITI bermula dari RUMAH

PENGENALAN

Institusi Keluarga Sebagai Asas Masyarakat Bertamadun

Keluarga merupakan unit asas yang membentuk budaya, norma dan nilai dalam komuniti; keharmonian dan kelestariannya penting bagi menjamin kestabilan serta kesejahteraan sosial.

lntegriti Sebagai Teras Pembentukan Keluarga Sejahtera

Setiap ahli keluarga berpegang pada prinsip integriti, hubungan akan terbina atas kepercayaan, saling menghormati dan ketelusan dalam tindakan.

Peranan lnstitut lntegriti Malaysia (IIM) dalam pembangunan Modul lntegriti Keluarga (MIKe)

adalah untuk memperkukuh nilai integriti dalam institusi keluarga sebagai asas kekuatan dalam menghadapi cabaran dan gejala sosial, sekali gus memperkasa pembentukan masyarakat Malaysia yang berintegriti, harmoni dan sejahtera.

MATLAMAT MODUL

  • Membentuk ekosistem institusi keluarga yang berintegriti melalui penerapan nilai-nilai murni.

 

  • Mengaplikasi kemahiran kekeluargaan berkesan sejajar dengan amalan etika dan norma bagi mencapai aspirasi nasional untuk membentuk keluarga bahagi.

OBJEKTIF MODUL

  • Meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap konsep integriti dalam institusi keluarga.

 

  • Menilai dan menganalisis isu-isu serta pelanggaran etika dalam institusi keluarga.

 

  • Merangka strategi tindakan keluarga berintegriti melalui pembudayaan nilai murni secara berterusan.

 

  • Mengaplikasikan kemahiran kekeluargaan bagi mewujudkan keluarga bahagia dan berintegriti.

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 27
JUMLAH PELAWAT : 406831

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content