2 February 2026 9:25 pm

Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Negeri Pulau Pinang

Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti Malaysia (IIM), telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Negeri Pulau Pinang yang diadakan di KOMTAR pada 24 November 2025. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Long, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bersama kehadiran pelbagai agensi negeri.

Dalam sesi berkenaan, beliau turut berkongsi perkembangan pelaksanaan Sistem Pengurusan Integriti & Governans (SPINE) sebagai inisiatif untuk mengukuhkan struktur tatakelola, meningkatkan ketelusan serta memperkasa budaya akauntabiliti dalam pentadbiran sektor awam.

IIM akan terus komited menyokong kerajaan negeri dalam memperkukuh ekosistem integriti melalui kerjasama strategik dan usaha penambahbaikan berterusan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 166
JUMLAH PELAWAT : 406970

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content