24 April 2026 7:41 am

MERAIKAN 22 TAHUN KECEMERLANGAN INTEGRITI

Dua dekad lebih memayungi amanah hari ini sejarah tercipta lagi.


Hari ini telah berlangsung dengan penuh gilanggemilang Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-22 Institut Integriti Malaysia (IIM) bertempat di Auditorium IIM, Kuala Lumpur. Sambutan tahun ini bukan sekadar keraian tetapi satu refleksi mendalam terhadap perjuangan membudayakan integriti di Malaysia.


Majlis dimulakan dengan pengisian yang mencuri tumpuan pastinya iaitu sesi Podcast Integriti: Bikin Serupa Cakap yang mengupas tajuk cukup bermakna Nilai Kita Masa Depan Kita.


Diskusi dinamik ini telah menampilkan barisan panelis luar biasa yang membincangkan integriti dari lensa akademik dan sukan:
YBhg Datuk Dr Anis Yusal bin Yusoff – Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Cik Syaidatul Afifah binti Badrul Hamidi – Bekas Atlet Juara Boling Dunia Negara


Sesi ini dikemudikan dengan penuh karisma oleh Encik Ashwad bin Ismail , Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia (RTM) yang berjaya menghidupkan suasana dengan kupasan yang tajam dan berinspirasi.


Bikin Serupa Cakap — satu pesanan ringkas namun mendalam. Apa yang diungkapkan itulah yang dilaksanakan. Kerana pada akhirnya nilai yang kita pegang hari inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 432537

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 24 April 2026

Skip to content