2 February 2026 9:25 pm

Majlis tahlil dan bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Tuan Haji Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham Tuan Haji Mohd Hafizdi bin Che Md Akhir, Ketua Pegawai Sektor Strategi, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri, Ketua Setiausaha Negara; Tuan Mohd Salihin bin Othman, Ahli Lembaga Pengarah IIM; YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif; serta seluruh warga kerja IIM yang bersama-sama menghadiahkan doa dan ayat suci untuk Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberi sebaik-baik ganjaran atas segala khidmat bakti yang telah ditinggalkan. Kehilangan ini amat dirasai oleh seluruh warga IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 166
JUMLAH PELAWAT : 406970

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content