Modul Integriti Keluarga (MIKe) telah dilancarkan hari ini sempena Majlis Sambutan Bulan Integriti Nasional (SBIN) 2025 oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
MIKe bertujuan memperkasakan institusi keluarga sebagai benteng utama dalam pembentukan sahsiah dan nilai-nilai murni.
Elemen nilai-nilai integriti keluarga yang diketengahkan melalui MIKe berteraskan akronim KELUARGA, yang membawa maksud Kasih, Empati, Luhur, Usaha, Amanah, Rasional, Gigih dan Adil.
Pelancaran MIKe diharap menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya integriti dalam masyarakat, bermula dari asas paling penting, iaitu keluarga.





