27 Julai 2024 6:18 pm

Majlis penyampaian sijil penyertaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM)

Majlis penyampaian sijil penyertaan Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM) telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur pada 8 Mei 2024 bersempena dengan Pameran Defence Services Asia & National Security Asia (DSA& NATSEC ASIA) 2024 anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin kepada DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (DEFTECH) dan Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat merupakan pembekal MINDEF yang telah berjaya melengkapkan semua keperluan CISM dalam tempoh yang telah ditetapkan lanjutan daripada pelaksanaan projek rintis CISM secara bersama antara IIM dan MINDEF sejak Disember 2023 yang lalu. Projek ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha MINDEF untuk menggalakkan integriti dan pencegahan rasuah dengan mempromosikan tadbir urus yang baik dalam kalangan pemain industri menerusi penyertaan CISM.

Turut bersama menyaksikan majlis tersebut ialah YB Tuan Haji Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan dan Encik Izal Arif Zahrudin, Ketua Pegawai Operasi Institut Integriti Malaysia (IIM).

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 44
JUMLAH PELAWAT : 179027

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content