23 Oktober 2024 1:35 pm

Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 bagi kategori Perak, Gangsa dan Sijil Penyertaan

Majlis Penyampaian Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2023 bagi kategori Perak, Gangsa dan Sijil Penyertaan telah diadakan pada 22 Februari 2024 di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Pada majlis ini sebanyak 33 agensi telah menerima anugerah bagi kategori Perak, 48 agensi bagi kategori Gangsa dan 23 agensi telah menerima sijil penyertaan.

Anugerah telah disampaikan oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah IIM iaitu YBhg. Dato’ Sri Akhbar Satar, YBhg. Dr. Rozaidi Abdul Rahim Razali, YBhg. Datuk Yeow Wah Chin dan YBhg. Tuan Mohd Salihin Othman. Turut menyampaikan anugerah adalah YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Presiden & KPE IIM serta Pengurusan Tertinggi IIM.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah Perak, Gangsa dan Sijil Penyertaan.

Nantikan malam kemuncak pada 29 Februari 2024 bagi pemenang kategori Platinum, Emas Tertinggi dan Emas AIGA 2023 yang akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 252
JUMLAH PELAWAT : 210263

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 23 Oktober 2024

Skip to content