2 February 2026 7:38 pm

Majlis Paluan Berundur YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud

Majlis Paluan Berundur YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan bin Daud telah berlangsung di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, dengan disaksikan oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). Majlis turut dihadiri oleh Ketua Polis Negara, YBhg. IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama Pengarah Cawangan Khas, Datuk Ibrahim Darus serta barisan kepimpinan tertinggi PDRM.

Majlis diadakan bagi meraikan YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan yang akan menjalani persaraan wajib pada 24 Disember ini. Beliau hadir bersama isteri, Datin Noorbahiah Daud, yang turut menyertai majlis bagi menandakan detik penting dalam kerjaya beliau. Menyingkap perjalanan kerjaya anak kelahiran Klang, Selangor ini, Datuk Ts. Ahmad Ramdzan telah berkhidmat selama 38 tahun dalam PDRM. Beliau memulakan kerjaya sebagai Kadet Inspektor di PULAPOL Kuala Lumpur pada tahun 1987 dan seterusnya menggalas pelbagai jawatan strategik dalam Cawangan Khas sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas dan kemudian sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM pada tahun 2025.

Dalam majlis tersebut, YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan diberi penghormatan oleh Pasukan untuk menjadi “guest conductor” bagi memimpin Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintenden Mohd Fazilah Mohamad Noor,, dengan membawa lagu Despacito. Majlis seterusnya diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk “Perwiraku” yang disampaikan dengan penuh penghayatan oleh Inspektor Muhammad Faizul Mustafa.

Institut Integriti Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bakti dan sumbangan YDH Datuk Ts. Ahmad Ramdzan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di IIM. Kami sentiasa mendoakan agar beliau terus sukses serta sejahtera dalam kehidupan persaraan bersama keluarga tercinta.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 151
JUMLAH PELAWAT : 406955

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content