11 April 2026 5:25 pm

Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Negara bersama Menteri Perpaduan Negeri dan Exco Perpaduan Negeri (MExUnity) Bilangan 1 Tahun 2026

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah diberi peluang membentangkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) dalam Majlis Mesyuarat YB Menteri Perpaduan bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO-EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) Bilangan 1 Tahun 2026. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara ini merupakan platform penyelarasan dasar dan inisiatif perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri.

Dalam mesyuarat tersebut, YBhg. Datuk Seri Noridah Abdul Rahim, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM, telah memaklumkan berkenaan status pembangunan serta cadangan pelaksanaan NIES yang dijadualkan untuk diluncurkan pada tahun 2026. NIES merupakan inisiatif strategik nasional berteraskan pendekatan Whole-of-Nation bagi memperkukuh integriti, tatakelola, kepercayaan sosial dan perpaduan nasional.

YB Menteri telah menyatakan sokongan penuh terhadap pelaksanaan NIES dan bersetuju agar Kementerian Perpaduan Negara (KPN) turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan agenda ini melalui jalinan kerjasama strategik antara IIM dan KPN. Kerjasama ini akan memanfaatkan platform sedia ada di bawah kementerian sebagai medium penyelarasan inisiatif integriti dan perpaduan di peringkat kebangsaan dan negeri.

Antara ruang kerjasama yang dikenal pasti termasuklah peluasan pelaksanaan modul-modul pembangunan nilai IIM, seperti Modul Integriti Kanak-Kanak (MIKa) di Tadika dan Tabika Perpaduan, Modul Integriti Keluarga (MIKe) serta Modul Integriti Ketua Masyarakat (MIKM). Selain itu, ruang kolaborasi turut diperluas kepada jabatan-jabatan di bawah KPN, termasuk Jabatan Arkib Negara, Jabatan Muzium Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia, khususnya dalam usaha memperkukuh pembudayaan integriti melalui pendidikan, warisan, sejarah dan literasi masyarakat.

Turut hadir bagi pihak IIM ialah Puan Eizan Azura Zainuddin, Ketua Pegawai Sektor Strategi dan Puan Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 60
JUMLAH PELAWAT : 426864

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 11 April 2026

Skip to content