13 June 2026 2:20 pm

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF)

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) telah berlangsung pada 9 Januari 2024 bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan bersempena Perutusan Tahun Baharu 2024 YB Menteri Pertahanan.

YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif telah mewakili IIM bagi menandatangani MoU tersebut manakala MINDEF diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak yang mana turut disaksikan YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Panglima Angkatan Tentera.

Objektif MoU tersebut ialah untuk membantu dan menyokong satu sama lain dalam program-program kesedaran, advokasi, penyelidikan dan pengukuhan mengenai dasar, nilai integriti, tata kelola dan antirasuah dalam sektor awam juga sektor korporat di Malaysia. Seterusnya sebagai usahasama dalam penglibatan sektor awam dan korporat bagi menjadi ahli kepada Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM).

Majlis ini juga telah menyaksikan pelancaran Imej Korporat baharu bagi Kementerian Pertahanan ke arah pemodenan. Reka bentuk tersebut melambangkan Kementerian Pertahanan sebagai kementerian yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai sepunya seperti Integriti, Cekap dan Profesional dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita
KURSUS ETIKA KERJA

25 May 2026

Kursus Etika Kerja telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 21 Mei 2026 sebagai salah satu inisiatif Institut Integriti Malaysia...

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 127
JUMLAH PELAWAT : 448263

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 13 June 2026

Skip to content