IIM telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat pada 21 Oktober 2022 (Jumaat) bertempat di Dewan Murni IIM. Majlis ini telah dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Khidmat Korporat IIM, Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut bin Omar, Ketua-ketua Seksyen dan warga IIM.
Objektif majlis ini diadakan bagi menzahirkan kesyukuran atas penyiapan kerja-kerja naik taraf Dewan Murni yang telah dijalankan selama hampir 2 bulan. Selain itu, majlis juga diadakan bagi memohon keberkatan serta perlindungan dari Allah SWT bagi IIM dan warganya.
Dewan Murni IIM kini berwajah baharu selepas ianya melalui proses naik taraf dan pengubahsuaian bagi keselesaan serta kemudahan untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti seminar, perhimpunan mahupun latihan. Dewan Murni yang mampu berkapasiti sehingga 200 orang pada satu-satu masa boleh ditempah oleh agensi kerajaan dan pihak swasta bagi mengadakan program masing-masing.
YBhg. Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi, Ketua Pegawai Eksekutif IIM akan merasmikan Dewan Murni ini pada 1 November 2022.


