12 August 2026 8:18 pm

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Terus Perkasa Tadbir Urus Melalui Pelaksanaan SPINE

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah selesai melaksanakan Sesi Penilaian Lapangan Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) pada 11 Ogos 2026, bertempat di Ibu Pejabat LPNM, Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Inisiatif ini mencerminkan komitmen tinggi pihak pengurusan dan warga LPNM dalam memperkukuhkan integriti dan tadbir urus yang lebih sistematik.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Musliman bin Tasim, Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan LPNM bersama-sama dengan para Pengarah Bahagian. Dalam ucapannya, beliau menegaskan LPNM sentiasa berusaha mengamalkan nilai-nilai murni dalam setiap aspek tadbir urus.

Sesi penilaian lapangan diketuai oleh Puan Nurul Fadzliyanie binti Mohd Razif selaku Penilai Pertama dan dibantu oleh Puan Fara Hasda Suhaimi, Konsultan Pusat Integriti Sektor Perniagaan dan Awam (PISPA), IIM. Sepanjang sesi, pasukan penilai telah menyemak dokumen sokongan, menjalankan temubual daripada pegawai berkaitan serta memberikan panduan penambahbaikan, khususnya dari aspek tadbir urus yang terbaik.

Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para pegawai LPNM sepanjang penilaian berlangsung telah melancarkan keseluruhan proses penilaian. Melalui sesi ini, semakan pembuktian dokumen dan syor penambahbaikan berkaitan elemen-elemen tertentu yang dikenalpasti diharap dapat menjadi nilai tambah kepada pihak LPNM, seterusnya memperkukuhkan lagi mutu kerja dan keberkesanan kawalan dalaman dan menegaskan bahawa integriti bukan sekadar pematuhan dokumentasi, tetapi ianya adalah asas utama dalam siste pengurusan organisasi.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 431
JUMLAH PELAWAT : 474465

Diperakui

Hubungi

© 2026 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 12 August 2026

Skip to content