Lawatan Kerja ke Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang

Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang pada 18 April 2024. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi dan berbincang tentang peluang kerjasama antara IIM dan SUK Pahang. Di antara perkara yang dibincangkan adalah Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM), kursus dan latihan anjuran IIM serta kerjasama strategik bagi pembudayaan integriti di SUK Pahang.

Sebagai permulaan, Unit Integriti SUK Pahang bersetuju untuk mengadakan sesi taklimat CISM kepada anak-anak syarikat dibawah seliaan SUK Pahang bagi memastikan pelaksanaan CISM dalam kalangan anak-anak syarikat dan pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2009. Selain itu, Unit Integriti juga berminat untuk mengadakan Penilaian IIP sebagai inisiatif untuk pembangunan modal insan kepada kakitangan SUK Pahang.

Sesi ini dihadiri oleh Puan Noor Jihati Abdul Kadir, Ketua Unit Integriti SUK Pahang dan wakil-wakil daripada Unit Integriti SUK Pahang. IIM pula diwakili oleh En. Rais Ramli, Pengarah PISP, Puan Wan Nooraine Husin dan Puan Fara Hasda Suhaimi, wakil daripada PISP.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 71
JUMLAH PELAWAT : 160495

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 18 Mei 2024

Skip to content