22 Oktober 2024 11:16 am

Lawatan kerja ke Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya

Pada 1 Mac 2024, Pusat Integriti Sektor Perniagaan, Institut Integriti Malaysia (IIM) telah mengadakan mesyuarat dan Lawatan Kerja ke Unit Integriti, Kementerian Kerja Raya (KKR).

Mesyuarat dan Lawatan Kerja ini di Pengerusikan oleh Tuan Shahrul Nizar bin Mohd Shariff, Pengarah Unit Interiti KKR dan telah membincangkan agenda mengenai Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM), Pembudayaan Integriti, Persidangan Integriti Kontraktor Malaysia dan hal-hal lain.

Sesi yang berlangsung selama satu jam ini turut dihadiri oleh:

  1. Tuan Ir. Noramil Mohd Daril, Pengarah Eksekutif Lembaga Jurutera Malaysia.
  2. Puan Emi Azwa Harun, Setiausaha Eksekutif Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
  3. Puan Nursanti Mohd Said, Setiausaha Eksekutif Lembaga Arkitek Malaysia
  4. Encik Mohd Nizam Din, Ketua Bahagian Intergiti Jabatan Kerja Raya
  5. Encik Mohd Adha Abu Hassan, Penolong Pengarah (Perkhidmatan) Lembaga Lebuhraya Malaysia dan para Pegawai Unit Integriti, KKR.

Manakala bagi pihak IIM diwakili oleh Puan Wan Nooraine Husin, Timbalan Pengarah dan Puan Wan Nabilah Meor Mohd Jamil.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 192
JUMLAH PELAWAT : 209667

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 22 Oktober 2024

Skip to content