Lawatan kerja ke Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd.

Pusat Integriti Sektor Perniagaan (PISP) telah mengadakan lawatan kerja ke Pahang Mining Corporation Sdn. Bhd. pada 18 April 2024. Lawatan kerja ini bertujuan untuk berkongsi tentang perkhidmatan IIM dan membincangkan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan antara IIM dan PMC. Antara perkara yang dibincangkan adalah Sistem Integriti Korporat Malaysia (CISM), kursus dan latihan anjuran IIM serta kerjasama startegik bagi pembudayaan integriti di PMC.

Pihak PMC bersetuju untuk melaksanakan sesi taklimat CISM kepada lebih dari 200 syarikat yang berdaftar sebagai operator kuari dan lombong di PMC.

Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Puan Sharifah Hazirah Syed Khalafu, Eksekutif Undang-Undang dan Ketua-Ketua Unit PMC. Manakala IIM pula telah diwakili oleh En. Rais Ramli, Pengarah PISP, Puan Wan Nooraine Husin dan Puan Fara Hasda Suhaimi, wakil daripada PISP.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 6
JUMLAH PELAWAT : 160505

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 19 Mei 2024

Skip to content