27 Julai 2024 6:36 pm

Lawatan kerja dan libat urus daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak

Institut Integriti Malaysia (IIM) telah menerima lawatan kerja dan libat urus daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak pada 22 Mac 2024 bertempat di Setia Perdana 5, Kompleks Setia Perdana, Jabatan Perdana Menteri.

Sesi ini bertujuan bagi membincangkan mengenai penganjuran Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) 2024 yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan September tahun ini. Senergi dan kolaborasi ini hasil kejayaan MAP-i yang telah dianjurkan bersama diantara pihak UNIONS dan IIM pada tahun 2023.

Majlis Amanat Perdana Integriti (MAP-i) merupakan sebuah program flagship berimpak tinggi anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS), Jabatan Premier Sarawak dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) yang mana pada tahun 2023 yang lepas telah berjaya menghimpunkan seramai 4,000 orang peserta secara fizikal dan 12,000 orang secara maya merangkumi penjawat awam negeri dan persekutuan, Institusi keagamaan, Agensi Penguatkuasaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ketua Masyarakat & Ketua Kaum dan lain-lain.

MAP-i 2023 yang lepas telah disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan turut dihadiri oleh ahli Kabinet Sarawak serta YBhg. Tan Sri Datuk Amar Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi IIM.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 49
JUMLAH PELAWAT : 179032

Pengiktirafan

Hubungi

Hakcipta © 2024 Institut Integriti Malaysia (IIM). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 27 Julai 2024

Skip to content