2 February 2026 11:13 pm

Lawatan kerja dan kajian penanda aras antarabangsa di Singapura

Institut Integriti Malaysia (IIM) sedang melaksanakan lawatan kerja dan kajian penanda aras antarabangsa di Singapura dari 10 hingga 13 November 2025. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha IIM dalam membangunkan Strategi Pembudayaan Integriti Nasional (NIES) 2026–2030, yang dijalankan bersama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Strategi ini bertujuan memperkukuh budaya integriti dalam semua lapisan masyarakat di Malaysia dan menimba pengalaman amalan terbaik integriti terutamanya perkhidmatan awam di Singapura. Delegasi IIM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Dato’ Indera Dr. Azfar Bin Mohamad Mustafar, Duta Besar Malaysia ke Singapura, yang mengalu-alukan lawatan tersebut.

Pada sesi tersebut, beliau berkongsi maklumat berkaitan dasar dan inisiatif kerajaan Singapura serta pembangunan nilai dan etika dalam masyarakat. Beliau turut berharap agar inisiatif NIES IIM dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang besar. Turut hadir ialah Encik Ismail Mohamad Bkri, Timbalan Duta Besar; ACP Ruzaime Ramli, Minister Kaunselor; Puan Alya Elyda Shamsul, Ketua Setiausaha; dan Puan Azura Muhamad Kofli, Ketua Bahagian Atase Imigresen.

Lawatan kerja IIM ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Mustafar Ali, Ahli Lembaga Pengarah IIM, dan disertai oleh Puan Norasikin Baharudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan, serta Dr. Rashidah Kamarulzaman, Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan.

Lawatan ini juga bertujuan memperkukuh kerjasama strategik Malaysia–Singapura dalam integriti dan tadbir urus, selaras dengan matlamat NIES 2026–2030.

Newsletter

Anda telah berjaya melanggan! Aduh! Kesilapan telah berlaku, sila cuba lagi.
Ikuti sosial media kami

Berita Terkini

  • All Post
  • Berita

Media Sosial

JUMLAH HARI INI : 179
JUMLAH PELAWAT : 406983

Pengiktirafan

Hubungi

© 2025 Institut Integriti Malaysia (IIM) 200401005949 (644452-P). Hakcipta Terpelihara. Paparan terbaik: Mozilla Firefox, Chrome, Internet Explorer 11 ke atas dengan resolusi 1250 x 768. Tarikh dikemaskini pada : 2 February 2026

Skip to content